Kehidupan peribadi Nad_Zainal

Beliau berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015.[54] Pasangan ini sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2015, iaitu bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-58. Faliq merupakan senior Nad ketika sama-sama belajar di ASWARA sekitar 2007, dalam satu temuramah bersama Kosmo! pada Disember 2015, Nad berkata Faliq ialah orang pertama yang memikatnya: "Faliq lelaki pertama yang ajak saya kahwin. Sebelum ini, belum pernah ada yang berani melamar dan membawa saya berjumpa dengan keluarga untuk berkenalan. Mungkin inilah tandanya dia jodoh saya. Hati terus berdetik setuju apabila diajak bernikah dan segala perbincangan selepas itu berjalan tanpa sebarang masalah."[55] Pada 14 Oktober 2016 jam 11.38 malam, Nad selamat melahirkan anak sulungnya, Fahad Ibrahim.[56][57]

Sekitar November 2017, Nad dilaporkan mempunyai krisis dengan pelakon Sharifah Sakinah menyebabkan mereka berdua tidak lagi bertegur sapa. Nad berbuat demikian kerana tidak mahu tumpuannya terjejas ketika berada di set penggambaran.[58] Beliau merupakan seorang yang mementingkan aspek kesihatan, termasuk mengamalkan rahsia kecantikan.[59]

Nad mempunyai tabiatnya yang suka meminum minuman berkarbonat, namun memutuskan untuk menghentikan pengambilannya atas faktor penampilan.[60]

Rujukan

WikiPedia: Nad_Zainal http://www.astroawani.com/berita-hiburan/zizan-raz... http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1329099 http://www.budiey.com/filem-aku-haus-darah-mu/ http://www.budiey.com/senarai-penuh-top-5-anugerah... http://galaksi-media.com/semasa-femesxnadzainal-na... http://www.gempak.com/artikel/657/alahai-comel-sun... http://www.gempak.com/artikel/728/nad-zainal-selam... http://www.gempak.com/artikel/9962/nad-zainal-deda... http://herinspirasi.com/fesyen-kecantikan/nad-zain... http://www.imdb.com/name/nm8313914/